Di Manakah Letaknya KUNCI Itu?
Kejayaan merupakan sebuah mahligai indah yang terkunci , di dalamnya memiliki 1001 nikmat . Hanya manusia tertentu sahaja yang mampu membuka pintu mahligai itu .
" kunci kejayaan ada di tangan anda "
Setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi ini adalah meruakan khalifah yang bakal mentadbir bumi Allah ini pada segenap empat penjuru yang tiada sempadan ini. Pesoalannya adakah kita mampu membuat sedemikian? "Tepuk dada tanya iman "
pada hakikatnya kita mampu untuk mentadbir bumi ini sekiranya kita memeberi komitmen yang tinggi dalam menjadikan diri sebagai manusia yang berguna . Itu merupakan kunci pertama untuk menempa kejayaan kelak . Kejayaan tidak akan datang kepada mnusia yang leka .
Akhlak yang positif mampu mengubah dunia ke arah kegemilangan. Oleh itu di sini dapat disimpulkan perubahan diri bermula daripada diri sendiri
"Allah tidak akan mengubah sesuatu manusia itu , kecuali manusia itu mengubah dirinya sendiri"
"Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan."
Begitu juga dengan kunci yang dimaksudkan , dalam kehidupan ini kita boleh untuk membuat keputusan sendiri .Hidup di muka bumi ini hanya ada dua jalan sahaja yang boleh untuk kita pilih iaitu kebahagian atau kesengsaraan .
Bagi manusia yang sentias brpegang teguh pada iman dan taqwa sesungguhnya Allah sentiasa memberi petunjuk kepada golongan ini
Tetapi bagi mereka yang lalai sesungguhnya mereka telah menyeksa dan menzalimi dirinya sendiri.
"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan"
Hidup di muka bumi Allah yang fana ini pasti ada pancaroba dan kemelut yang harus kita semua sebagai hamba Allah untuk menghadapinya.
INGAT !
setiap dugaan dan cabaran yang Allah kurniakan kepada kita adalah untuk Allah menguji sejauh mana tahap keimanan kita terhadap-Nya.
Oleh itu , dapat dibuktikan disin bahawa setiap kunci kejayaan itu sudah ada pada diri kita , dan kita akan membentuk kunci itu untuk kita menggapai apa yang kita inginkan .
Kunci Kejayaan merupakan tonggak kehidupan
Kunci Kejayaan itu Ada pada Anda.
Oleh itu, kita haruslah sentiasa menerapkan segala keperibadian yang mulia agar kunci yang ingin dibentuk dapat bihasilkan dengan sempurna . Justeru itu, pemikiran yang positif merupakan tonggak utama sebagai landasan yang boleh membimbing kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk bergerak ke jalahn yang diredoi dan dirahmati oleh Allah SWT.
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."