Sunday, 17 August 2014

MENGENANG SEJENAK HARI SYAWAL

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

AIDILFITRI ku pada tahun ini membawa 1001 kenangan manis yang tidak dapat aku lupakan . diriku seolah olah  ini dikerumungi dengan pelbagai situasi yg membuatkan diri merasa gembira . diri ku merupakan pelajar yang yang merantau ke negeri orang lain . Saat diriku menanti hari kepulangan ku ke kampung halaman , diriku sentiasa terbayang raut wajah ayah dan ibu ku . Aku sentiasa mendoakan mereka agar diberkati dan dilindungi oleh Ilahi. 

Tibanya diriku di hadapan rumah aku melihat wajah ibu ku yg sedang menunngu di halaman rumah . Saat diriku merenung wajah ibuku aku mula menitiskan air mata kerinduaan  disamping mengenang ayah ku yang tiada disisi . Tidak tahan aku menahan sebak dihati terkenangkan ayah ku yg tidak lagi berada disisi .

Aku sentiasa teringat akan kesusahan ibuku membesarkan 7 orang anak dengan tiada bantuan seorang suami disisinya . Aku begitu bersyukur kerana mendapat seorang ibunda yang amat tabah menghadapi dugaan yang amat berat baginya. 

Kami sekeluarga bersiap siap untuk pulang ke kampung . Kami sekeluarga amat gembira untuk pulang ke kampung halaman. Dapat diriku melihat raut wajah ibu ku yang amat gembira melihat anak anaknya yang berada dalam kegembiraan . Tetapi hanya Tuhan mengetahui akan kesengsaraan ibuku . 

Pagi Syawal yang mulia kami bersiap siap ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidilfitri . selesai sudah kami menunaikan solat sunat . Aku bergegas ke ibuku terus diriku menitiskan air mata syawal ku atas penyesalan dosa yang telah aku lakukan terhadap ibu ku. Ibuku terus mendakap diriku lalu ibu ku berkata "ibu sentiasa memaafkan kesilapan anak anak ibu , kami tiada salah nak " tidak tahan sebak dijiwa aku terus mendakap ibu ku dengan erat . 

Pada pagi Syawal itu aku bersama ahli keluarga ku yang lain menikmati syawal dengan penuh kegembiraan . tidak putus putus kunjungan kami ke rumah sanak saudara handai dalam mengeratkan hubungan silaturahim
. ketupat , rendang,kuih muih juga terhidang di atas meja . Kami bersyukur diatas kurniaan ini. Tidak lupa juga kepada rakan rakan yang sentiasa bersama meraikan nikmat syawal yang mulia ini aku berharap aidilfitri tahun ini diberkati dan diredoi oleh Ilahi.



 

No comments:

Post a Comment